PENGENALAN

Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd merupakan satu agensi percutian dan pelancongan yang memfokuskan kepada pelancongan berteraskan keislaman (Islamic). Di sini kami berfungsi untuk memenuhi segala permintaan bukan sahaja percutian yang memfokuskan warga muslim semata, malah turut terbuka kepada umum di samping menitikberatkan kemudahan dan keselesaan yang diperlukan untuk direalisasi ke tahap yang optimum.

Ditubuhkan pada tahun 2007, lakaran nama awal sebagai Harmony Excellence Travel & Tours Sdn Bhd telah mengorak langkah dalam dunia pelancongan dengan begitu positif perkembangannya. Kemudian pada Oktober 2012, syarikat ini dijenamakan semula dengan nama Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd (HEH) sejajar dengan perkembangan dan baik pulih struktur serta sistem baharu dalam pengurusan sedia ada.

Berbekalkan semangat keyakinan diri untuk maju dan berjaya, kami di HEH telah mencetuskan pelbagai rancangan serta merta menyusun strategi yang dinamik untuk memaksimakan kadar kebolehan penyertaan awam dalam setiap pakej yang kami garapkan samada dalamnegara (In-Bound) ataupun luar negara (Out-Bound).

Dalam jangka masa tidak kurang dari 10 tahun beroperasi bersama 17 cawangan negeri, kami yakin jenama Harmony Excellence Holidays mampu untuk menjadi model sebuah agensi pelancongan yang terulung bukan sahaja di Malaysia, malah ke peringkat antarabangsa.

"UMRAH DAN HAJI ANDA, IBADAH KAMI"

LATAR BELAKANG

DITUBUHKAN

19 Oktober 2012

NO. PENDAFTARAN

1021644 U

ALAMAT

No.1, Jalan Wangsa Melawati 4,
Wangsa Melawati,53300 Kuala Lumpur, Malaysia

HOTLINE

Tel: 010-885 3200
Fax: 03-4142 8817

LAMAN WEB

www.umrahharmony.com

OBJEKTIF

1

Meningkatkan perolehan industri pelancongan di Malaysia dan menjadikan pelancongan sebagai sumber pendapatan utama negara.

2

Menyediakan perkhidmatan yang efisien dan profesional terhadap pelanggan. Mempromosikan keindahan Malaysia di mata dunia secara global.

3

Membentuk sebuah agensi mengikut tatacara syarikat menerusi etika kerja dan amalan nilai murni di antara syarikat dan pelangan.

4

Membentuk masyarakat Malaysia yang berpengetahuan menerusi pelancongan.

5

Memberikan perkhidmatan berkualiti untuk kepuasan pelanggan yang maksimum.

AKTIVITI KAMI

Umrah, Haji & Percutian Ibadah

Ejen Ticket (Ticketing)

Percutian Domestik

Percutian Antarabangsa

Tailor Made Packages

IKUTI KAMI DI

MEDIA SOSIAL

Dapatkan info terkini, pakej menarik, tips perjalanan serta perkongsian pengalaman jemaah kami.

Scroll to Top